Saturday, November 3, 2018

Selesai Sesi Jun 2018

   Setelah 14 minggu, dengan dua minggu extra untuk melengkapkan Penilaian Berterusan, PB. Akhirnya selesai subjek Pengenalan Sains Makanan SPK 1013. Dengan amali yang banyak, ada yang tak dapat habiskan amali, hanya mampu demo. Apapun PB, satu tugasan individu Folio Piramid Makanan, dua tugasan berkumpulan dan dua laporan praktikal, memang in sha Allah mudah untuk pelajar.

  Di KK Arau, pensyarah menetapkan dua tugasan berkumpulan ialah amali penyediaan media, pensterilan dan ujian swab. Output yang mesti pelajar hasilkan ialah gambarajah lakaran mikrob. Masalah amali mikrobiologi ini ialah perlu melakukan pewarnaan supaya jelas bentuk mikrob dapat dilihat di bawah mikroskop.

   Manakala bagi Laporan Praktikal yang memerlukan pelajar menghantar laporan bertaip mengikut format yang ditetapkan. Ujian yang dipilih ialah Penentuan Kandungan Lembapan dan Penentuan Kandungan Vitamin C. Ujian berkenaan dipilih kerana memerlukan pelajar mengetahui pengiraan untuk kedua-dua analisis. Ralat bagi amali kelembapan biasanya, pelajar akan tersilap bacaan mangkuk, kekadang hasil mangkuk kering tolak mangkuk kosong pun dah negatif. Macam mana tu? Ada juga kumpulan yang tidak menimbang mangkuk bersama-sama dengan tudung. Sigh. Bagi amali vitamin C, berat asid askorbik untuk standard asid askorbik ialah tersangat sedikit. Jika tersilap timbang, sampai kesudah penitratan tidak akan bertukar warna. Jika nilai standard asid askorbik ini tinggi, maka bacaan vitamin C bagi produk turut akan tinggi kerana pengiraan melibatkan standard asid askorbik. Ramai kumpulan yang sukar mendapat nilai yang hampir sama dengan label pembungkusan produk.

   Itu masih belum bercakap hal folio piramid makanan yang begitu subjektif. Apakah makna nilai pemakanan dari piramid makanan yang dimaksudkan? Keyword yang dicari tidak tepat. Even bahagian rujukan pun pun diambil mudah.

   Jika pelajar mengambil berat pesanan pensyarah semasa kelas. Bagaimana menghasilkan PB yang lain, mungkin masalah PB yang terlampau rendah tidak akan berlaku. Sifat ambil mudah.

   Apapun 1 sem sudah berlalu dan sem depan pula dengan kumpulan yang lain. May the force be with us.

  It is actually my first post after so long.