Sunday, September 6, 2015

Pesanan Khidmat Masyarakat SIC Day 4.

Aluminium antara salah satu heavy metals yang common dalam kehidupan seharian dewasa ini. Aluminium dalam periuk cap buaya contohnya, aluminium dalam aluminium foil, dalam produk kosmetik, deodoran, xtermasuk dalam vaksin lagi. Hair Test Toxicities boleh dilakukan untuk menunjukkan kandungan heavy metals dalam badan individu. Andrew Hall Cutler antara yang ahli dalam bidang ini melalui tulisannya dalam buku Hair Test Interpretation: Finding Hidden Toxicities, dan beberapa bukunya yang lain.

Apa kesan aluminium kepada seseorang? Selain dari menyebabkan neurological damaged in autistic people, aluminium turut menyebabkan masalah penghadaman seperti heartburn contohnya, ia juga related dengan Parkinson's disease, masalah kulit dan penyakit hati dan buah pinggang.



Kadar aluminium yang tinggi dijumpai dalam otak Alzheimer's sufferer. Antara cara mudah untuk mengurangkan masalah kandungan aluminium yang tinggi ini ialah dengan menggunakan silika. Silika akan diserap ke dalam darah, sampai ke otak dan ia bergabung dengan molekul aluminium dan proses penyingkiran aluminium dari otak ini, keluar melalui air kencing.

Melalui kajian yang dilakukan dalam SILIKA DALAM SPRITZER MALAYSIA, Dr Chris Exley menggunakan air mineral jenama Spritzer. Kandungan aluminium dapat dikurangkan 50 ke 70%, disamping meningkatkan kemahiran kognitif di kalangan sampel pesakit.

Walaupun harga Spritzer sedikit mahal berbanding jenama yang lain, RM2.60 sebotol (kekadang RM2.25 harga murah sikit), namun ia sentiasa berbaloi unuk dijadikan stok air minuman di rumah. Tiada water filter yang mahal di rumah x apa, asalkan sumber air minum yang menyihatkan sentiasa ada sudah mencukupi.
Spritzer, I am a proud loyal customer. ^^


0 comments:

Post a Comment