Tiada kegembiraan lain buat mama, abah untuk melihat awak menjalani hidup2 disamping kami. Dengan pelbagai karenah, kemahiran etc. Milestone nya aulia masih sedikit speech delay, masih kurang vocab. Hari-hari mama beristighfar dengan pelbagai niat. Moga Allah makbulkan doa mama #anak.
Hari ni juga pernikahan anak Pak Long Mat Noor di Kesuma Homestay di Pantai Murni Yan. Lama xmenjengah Pak Long, rupanya sebelah rumah depa dah naik taman perumahan baru. Ika sepupu kami tu berkahwin dengan orang Ipoh. Baguslah... Melihat Abang Farid, niat di hati... semoga dipercepatkan rezeki anak ke mereka berdua. Amin.
Kena dengan topik kami siang tadi dengan Iezo, PCOS FB Kish . Selepas kenduri, ke rumah rakan yang baru keguguran (actually dah 2 x gugur). Allah.... Kebetulan atau suratan? Semoga dipermudahkan urusan mereka semua. Amin.
Takziah innalillah kepada semua jemaah haji yang terkorban dalam tragedi kren terhempas di Masjidil Haram 11.09.15 semalam. Semoga Allah ampunkan semua dosa mangsa, dan mendapat keredaan Allah S.WT, ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.
xoxo,
#kishwahab 12.09.15 2103
0 comments:
Post a Comment