Showing posts with label PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI. Show all posts
Showing posts with label PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI

Sukacita dimaklumkan, pelajar-pelajar semester akhir perlu menghadiri Taklimat 1 : Etika Memohon Tempat Latihan Industri dan Taklimat 2 – Etika Lapor Diri & Peraturan Semasa sebelum menjalani Latihan Industri.

Berikut merupakan contoh powerpoint bagi taklimat berikut. Boleh download dan edit untuk tujuan simpanan. TK. 

Friday, November 1, 2013

TAKWIM LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI ARAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Bagaimana sesi lapor diri Latihan Industri 28.10.2013 yang lepas? Harap semuanya berjalan lancar. Sebarang perubahan mohon dimaklumkan kepada Penyelaras Latihan Industri.
Di sini sy kepilkan takwim LI untuk info para pelajar dan pensyarah sekalian beberapa tarikh dan aktiviti sepanjang Latihan Industri kelak. 
Jika terdapat sebarang pindaan, akan diberitahu kelak. TK.


Tuesday, September 11, 2012

Kolej Komuniti Sungai Petani (Makan-makan)


Di atas jemputan jiran kami, Kolej Komuniti Sungai Petani, saya dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Puan Shafarizan, melangkah ke KKSP untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KKSP yang diadakan pada  11 September 2011  hari Selasa di Perkarangan Kolej Komuniti Sungai Petani. Wah... konsep Kolej Komuniti yang sama, samaja dengan jamuan Hari Raya kami (KKAP) yang akan diadakan esok. Terdapat gerai-gerai yang dipertandingkan. Yang menyajikan makan-makanan yang pelbagai. Makanan sedap2 belaka. Terima kasih, sangat kenyang makan sebagai bekalan balik ke Perlis semula. :D

Anyway, a big congrats from me, atas kejayaan KKSP dalam International Culinary Cup. Tahniah kepada pasukan KKSP yang menyertai Pertandingan Thailand International Culinary Cup (TICC) 2012 yang memenangi 3 Silver, 3 Bronze dan 4 Diploma! Saya personally rasa mcm xterjangkau kami nak menandingi SP. :)) Kami hanyalah SPK, not hotel catering and even culinary. Di sini akan disertakan gambar sekeping dua yang disnap pada jamuan raya berkenaan.



Monday, September 10, 2012

Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri

Di sini dikepilkan format / draf softcopy yang diperlukan untuk seseorang PPLI kolej komuniti untuk menjalankan program kebolehpasaran. 

Salah satu tugas bagi PPLi yang telah diderafkan dari Bahagian Hubungan Industri dan Pengesanan Graduan ialah : Melaksanakan Program Kebolehpasaran Graduan. 


Antara proses kerja adalah seperti berikut:
1) Menerima arahan dari JPKK melalui Pengarah Kolej Komuniti.
2) Menubuhkan Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan peringkat kolej.
3) Mengumpulan proposal dari syarikat pengendali mengikut bidang berkaitan. - mohon syarikat cuba adakan, namun selalunya PPLI sediakan jika syarikat tidak mempunyai masa. 
4) Menganalisa proposal dari syarikat pengendali.
5) Menyerah proposal kepada JPKK untuk dinilai.
6) Mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat pengendali terpilih.-disini dikepilkan softcopy contoh surat tawaran. surat tawaran syarikat
7) Mengeluarkan LO kepada syarikat pengendali program. -disini dikepilkan softcopy contoh LO. LO
 8) Pemantauan.
9) Mengumpul pelaporan perlaksanaan program. -disini dikepilkan softcopy contoh pelaporan. laporan keseluruhan dari syarikat, 
pelaporan bulanan syarikat
 10) Memantau pengeluaran invois tuntutan dan bayaran.
11) Menghantar salinan laporan Program Kebolehpasaran Graduan ke JPKK. -disini dikepilkan softcopy contoh pelaporan ke JPKK. laporan ke JPKK