Showing posts with label green banana cereal drink. Show all posts
Showing posts with label green banana cereal drink. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

Green Banana Cereal Drink di Icompex 2017












Overall Icompex 2017 is so so. Booth walau lebih cantik berbanding tahun lepas, namun kedudukan yang sempit amat tidak selesa. Berlaga bontot! Malas nak bergerak melawat booth lain sebab sesak. Lebih sauna walau kami bawa kipas sendiri. Bertuahlah mereka yang booth di tepi sekali kerana ada pengudaraan yang lebih baik. Mujurlah sebelah petang hujan renyai-renyai. Kalini keputusan diberitahu pada hari kedua pameran. Maknanya perlu datang 2 hari untuk pameran. Macam tahun lepas, hanya yang short listed sahaja stay untuk hari kedua. Day 1 berjaya survived. Good luck untuk day 2.  

#greenbananacerealdrink
#greenbanana

Monday, March 20, 2017

Green Banana Cereal Drink

Minuman bijirin berkhasiat yang mengandungi prebiotik dan probiotik yang diperlukan untuk usus yang sihat. Prebiotik merupakan sumber serat makanan yang merupakan makanan bagi probiotik; hidupan seni yang terdapat dalam usus manusia. Green Banana cereal drink bebas dari ramuan yang menghasilkan keradangan. Serbuk koko yang digunakan kaya dengan magnesium, susu kambing sebagai pengganti susu lembu yang menggalakkan keradangan, raw cane sugar kaya dengan mineral dan gula nutritif, serbuk pisang muda sebagai sumber gentian kanji rintang, emping beras dari bijirin beras sesuai dengan diet nenek moyang, dan dehydrated water kefir grain sebagai sumber probiotik.

Masalah dan punca
Kebanyakan minuman bijirin adalah tidak berkhasiat. Ia bertentangan dengan iklan yang dimomok dalam media massa. Selain daripada mengandungi high fructose corn syrup yang boleh menyebabkan hiper aktif dalam kalangan kanak-kanak, ia juga mengandungi kondisioner perisa dan aditif makanan yang boleh menyebabkan kesan sampingan.
Penggunaan maltodekstrin dalam minuman bijirin menyebabkan pengguna akan mengalami masalah ketagihan gula dan seterusnya mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti obesiti.
Kebelakangan ini, pengguna semakin bijak dalam memilih produk di pasaran. Pengguna lebih peka membaca label pembungkusan dan mengutamakan ramuan yang lebih menyihatkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga berusaha dalam mendidik masyarakat untuk membeli makanan di pasaraya secara sihat lantas ini akan meningkatkan permintaan bagi minuman bijirin yang lebih berkhasiat berbanding yang sedia ada di pasaran.

Aplikasi:
1. Sesuai untuk golongan mementingkan kesihatan seperti golongan yang mempunyai masalah penghadaman.
2. Serasi untuk golongan yang mempunyai masalah ntoleransi gluten.
3. Minuman bijirin berkhasiat sesuai diambil oleh semua lapisan umur seawal usia 2 tahun hingga warga emas.
4. Sumber prebiotik dan probiotiknya memudahkan penurunan berat berat dan mengempiskan perut dengan cara menggalakkan pembuangan colon plague.
5. Sesuai untuk mencegah sakit kanser usus dengan menggalakkan pertumbuhan probiotik dalam usus dan membuang sisa toksik dalam kolon.




#greenbananacerealdrink
#greenbanana