Overall Icompex 2017 is so so. Booth walau lebih cantik berbanding tahun lepas, namun kedudukan yang sempit amat tidak selesa. Berlaga bontot! Malas nak bergerak melawat booth lain sebab sesak. Lebih sauna walau kami bawa kipas sendiri. Bertuahlah mereka yang booth di tepi sekali kerana ada pengudaraan yang lebih baik. Mujurlah sebelah petang hujan renyai-renyai. Kalini keputusan diberitahu pada hari kedua pameran. Maknanya perlu datang 2 hari untuk pameran. Macam tahun lepas, hanya yang short listed sahaja stay untuk hari kedua. Day 1 berjaya survived. Good luck untuk day 2. #greenbananacerealdrink #greenbanana
Download Borang Semakan
Ketahui bagaimana ingin membuat pembungkusan bagi produk makanan anda.
1. Dapatkan buku Akta Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan
2. Download SENARAI SEMAK BAGI KHIDMAT NASIHAT PELABELAN MAKANAN DAN SEMAKAN LABEL seperti pada link di atas. Mudah!
Air kefir: 1. Kaya dengan enzim, gula mudah dihadam, asid baik, vitamin dan mineral.
2. Mempunyai berbillion bakteria dan yis baik.
3. Anti mutagenik dan membantu menguruskan radikal bebas dalam badan.
4. Mempunyai asid folik dan vitamin B.
5. Mampu menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
*sumber. www. yeemos.com
Kandungan probiotik:
Lactobacillus brevis, L. casei, L. hilgardii, L. hordei, L. nageli, Leuconostoc citreum, L. mesenteroides, Acetobacter fabarum, A. orientalis, Streptococcus lactis. Hanseniaospora valbyensis, Lachancea fermentati, Saccharomyces cerevisiae, Zygotorulaspora florentina. dan banyak lagi. Cara penyediaan air kefir: 1. Air untuk pemeraman air kefir disediakan seperti gambarajah di bawah.
2. Air seterusnya diperamkan selama 1— 2 hari bersama water kefir grain (WKG). Perubahan rasa manis ke masam air kefir akan berlaku disebabkan oleh penghasilan asid laktik.
3. Air kefir seterusnya ditapis. Water kefir grain boleh terus diperamkan semula (seperti langkah di atas) atau direhatkan dalam peti ais. 4. Air kefir yang terhasil boleh terus diperam dengan buah atau boleh diminum terus begitu sahaja. 5. Jika water kefir grain ingin direhatkan, cukuplah dengan dimasukkan ke dalam air gula secukupnya.
•Kanji rintang ialah serat makanan yang tidak dapat dihadam oleh manusia, namun digunakan sebagai sumber makanan oleh bakteria di usus besar.
•Bakteria akan fermentasikan kanji rintang dan menghasilkan butyrate. Penghasilan butyrate yang berterusan memastikan kerosakan pada tisu usus mudah dikesan, dan sel yang rosak akan bertindak balas mengaktifkan sistem untuk musnahkan diri sendiri, lantas sel itu tidak akan berkembang menjadi kanser.
Minuman bijirin berkhasiat yang mengandungi prebiotik dan probiotik yang diperlukan untuk usus yang sihat. Prebiotik merupakan sumber serat makanan yang merupakan makanan bagi probiotik; hidupan seni yang terdapat dalam usus manusia. Green Banana cereal drink bebas dari ramuan yang menghasilkan keradangan. Serbuk koko yang digunakan kaya dengan magnesium, susu kambing sebagai pengganti susu lembu yang menggalakkan keradangan, raw cane sugar kaya dengan mineral dan gula nutritif, serbuk pisang muda sebagai sumber gentian kanji rintang, emping beras dari bijirin beras sesuai dengan diet nenek moyang, dan dehydrated water kefir grain sebagai sumber probiotik.
Masalah dan punca
Kebanyakan minuman bijirin adalah tidak berkhasiat. Ia bertentangan dengan iklan yang dimomok dalam media massa. Selain daripada mengandungi high fructose corn syrup yang boleh menyebabkan hiper aktif dalam kalangan kanak-kanak, ia juga mengandungi kondisioner perisa dan aditif makanan yang boleh menyebabkan kesan sampingan.
Penggunaan maltodekstrin dalam minuman bijirin menyebabkan pengguna akan mengalami masalah ketagihan gula dan seterusnya mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti obesiti.
Kebelakangan ini, pengguna semakin bijak dalam memilih produk di pasaran. Pengguna lebih peka membaca label pembungkusan dan mengutamakan ramuan yang lebih menyihatkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga berusaha dalam mendidik masyarakat untuk membeli makanan di pasaraya secara sihat lantas ini akan meningkatkan permintaan bagi minuman bijirin yang lebih berkhasiat berbanding yang sedia ada di pasaran.
Aplikasi:
1. Sesuai untuk golongan mementingkan kesihatan seperti golongan yang mempunyai masalah penghadaman.
2. Serasi untuk golongan yang mempunyai masalah ntoleransi gluten.
3. Minuman bijirin berkhasiat sesuai diambil oleh semua lapisan umur seawal usia 2 tahun hingga warga emas.
4. Sumber prebiotik dan probiotiknya memudahkan penurunan berat berat dan mengempiskan perut dengan cara menggalakkan pembuangan colon plague.
5. Sesuai untuk mencegah sakit kanser usus dengan menggalakkan pertumbuhan probiotik dalam usus dan membuang sisa toksik dalam kolon.
var posts_number = 5; var showpostswiththumbs = true; var insidereadmorelink = true; var showcomments = false; var posts_date = true; var post_summary = true; var summary_chars = 70;