Tuesday, December 18, 2012

Teknik Aseptik

Berikut merupakan video-video teknik aseptik semasa memindahkan kultur cecair ke cecair. Terdapat kesalahan kecil yang dilakukan. Senaraikan kesalahan tersebut.

(Kredit to grup APK1043-Safari, Riduan dan Wei Han)


Monday, December 17, 2012

APK2043 - Amali Prosedur Kawalan Mutu

Pelajar SPK4B sedang menjalankan amali Prosedur Kawalan Mutu.
1) Nyatakan langkah-langkah yang dijalankan di dalam amali tersebut.

2) Senaraikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan.


Klik link yang tersebut untuk save video tersebut. 

Amali Prosedur Kawalan Mutu


Berat kasar tin diambil.

Details produk diambil.

Suhu produk turut diambil.

Bacaan headspace diambil.

Bacaan berat isi kandungan produk diambil

Bacaan brix diambil.

Selepas berat bersih tin dikira, pemarkahan dilakukan pada tin, laker, warna, tekstur dan rasa.

 Templet tugasan seperti yang dikehendaki.
TEMPLATE TUGASAN RAKAMAN VIDEO SPK2043 



Thursday, December 13, 2012

APK 2054 -PENGHASILAN SOS

PENGHASILAN SOS CILI

Di sini disertakan beberapa gambar pelajar menyiapkan produk bagi penghasilan sos cili.

Lembaran kerja bagi  penghasilan sos cili boleh klik pada link yang diletakkan. A6-Sos Cili


Cili kering dibersihkan dan dibuang tangkai dan bijinya.


Dibasuh bersih dan rebus selama 5 minit.

Bawang putih yang telah dibersihkan dihancurkan bersama cili yang telah direbus menggunakan mesin pengisar.



Panaskan campuran tersebut selama 20 minit hingga 30 minit untuk menghilangkan bau cili. Masukkan garam dan kacau rata.


Masukkan gam makanan yang telah digaul dengan gula.
Masukkan bahan pemekat yang telah dilarutkan sedikit-sedikit. Masak sos hingga pekat dan mendidih.
Masukkan cuka dan larutan bahan pengawet. Kacau hingga rata dan masak lagi
      hingga  mendidih.

Periksa hasil sos untuk briks.


Tutup segera dan sejukkan.