Wednesday, October 30, 2013

APK 2043~1 AMALI PENGETINAN


Kursus           : Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan
Nama Modul : Kawalan Mutu Makanan & Sanitasi
Tajuk (Sub modul) : PROSEDUR KAWALAN MUTU
Masa       : 2 Jam
Objektif   :  Pelajar dapat menjalankan pemeriksaan ke atas makanan siap yang terpilih seperti makanan atau minuman dalam tin dan makanan snek.
Tajuk Amali  :  Pemeriksaan makanan dalam tin
Tujuan           : Untuk memastikan produk mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan
Radas       : Vacuum gauge, refraktometer, pembuka tin, penapis dan jangka suhu, bikar, mangkuk, angkup vernier.

Pengenalan
             Penilaian bekas (tin) dari segi berat kasar, vakum, ruang tutupan (head space), keadaan dalaman dan luaran bekas merupakan perkara-perkara penting yang diberi perhatian di dalam program penilaian atau penentuan kualiti makanan dalam tin.

KAEDAH
  1. Periksa produk tin yang disediakan dan catatkan (a-e) berdasarkan label pada tin itu.
    1. Nama produk
    2. Jenama
    3. Pengeluar
    4. Kod tin
    5. Lain-lain keterangan :-
                                          i.    Pewarna,penstabil,pengawet,perisa dll
    1. Berat kasar (sekiranya tidak tercatat, timbang tin ini tanpa labelnya)
  1. Periksa dan catatkan nilai vacuum dengan menggunakan ‘vacuum gauge’
  2. Buka tin dan periksa suhu bagi kandungan tin itu
  3. Periksa dan catatkan ruang kepala ‘head-space’ dengan angkup vernier/ pembaris (skala mm)
  4. Tuangkan sirap/larutan garam/sos ke dalam bikar.  Periksa brix larutan ini dengan menggunakan refraktometer
  5. Kosongkan tin dengan menuangkan kandungannya ke dalam skrin. Toskan di atas skrin selama dua minit dan timbang berat tos. “drain weigh”. Jika produk bersos, bilas dan bersihkan produk dari sos dengan air.
  6. Basuh dan keringkan tin dan tentukan berat bersih produk:-
( Berat kasar-Berat tin kosong)
  1. Periksa rupa dalaman tin ; karat , kesempurnaan laker dan seumpamanya.
  2. Periksa dan berikan markah produk itu bagi ciri-ciri berikut:-
Warna /10, Tekstur / 10, Rasa /10 Jumlah skor =  /30

KEPUTUSAN :
a.     Nama produk




b.    Jenama

c.     Pengeluar

d.    Kod tin

e.     Lain-lain keterangan

1.     Berat kasar

2.     Vaccum

3.     Suhu

4.     Ruang kepala ‘head-space’

5.     Brix

6.     Berat kering “drain weigh”

7.     Berat tin kosong

8.      Berat bersih
(tunjukan pengiraan)

9.     Rupa dalaman tin

10.  Kesempurnaan laker

11.          Markah produk itu bagi ciri-ciri   berikut:-

Warna          /10,
Tekstur        / 10,
Rasa            /10

Jumlah skor =         /30











0 comments:

Post a Comment