Amali 2 merupakan amali kelikatan.
Amali yang simple, but can be time consuming due to instrument limitation.
Amali ini terbahagi kepada dua, kaedah rerambut (buret) dan consistency.
Yang sy perhatikan pelajar walaupun
sudah semester dua, masih belum boleh menyiapkan carta alir menggunakan ayat
pasif yang betul. Mungkin pensyarah perlu memberi penegasan. Selain daripada
keputusan dicatatkan dengan betul, lengkap dengan unit yang tepat.
Kaedah rerambut merupakan kaedah yang
ringkas. Pelajar harus mencatatkan masa yang diperlukan untuk mengosongkan
buret ke paras 50ml (di bahagian bawah). Masa dicatatkan dan dibandingkan
dengan air suling seterusnya. Ralat bagi amali ini mungkin disebabkan oleh
buret yang tersumbat dan menyebabkan aliran lebih perlahan. Ada yang sampai 5
minit! Lubang pipet yang kecil antara penyebabnya. Langkah pemasangan buret
pada kaki retort. Dan seterusnya menuangkan kicap cair ke dalam buret harus
dilakukan di atas bangku, kerana kedudukan meja makmal yang tinggi menyukarkan
tuang kicap ke dalam buret.
Bagi kaedah bostwick, pengukuran
jarak bagi sos juga adalah terlampau mudah. Ralat bagi amali ini mungkin
pelajar yang kurang ambil berat kedudukan bostwick consistometer. Kadang senget
sebelah dan macam-macam lagi. Kedudukan consistometer sepatutnya dilihat pada
gelembung air pada bahagian hujung alat. Pastikan berada betul-betul dam
bulatan. Bukan pakai taram ja. Bacaan jarak aliran sos juga mungkin pelbagai.
Ada sos yang mengalir dengan 3 point which is quite rare. Kebanyakannya
mengalir seiring dan hanya memberi 1 point bacaan. Maka tidaklah perlu purata.
Habis tidak, ada yang mempunyai 2 point bacaan jarak, dan biasanya dipuratakan.
Sos yang berkualiti biasanya mempunyai jarak aliran yang lebih pendek. Pernah
sekali, ada satu kumpulan dari kelas lain. Masukkan kicap ke dalam
consistometer. Dalam pada pensyarah sudah ulang banyak kali, masih ada yang
blur.
Pensyarah perlu menerangkan perbezaan
konsep antara kedua-dua amali. Pelajar perlu lebih kritikal dalam segera
menyelesaikan masalah, pembahagian tugas dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment