Showing posts with label kawalan mutu makanan. Show all posts
Showing posts with label kawalan mutu makanan. Show all posts

Tuesday, January 8, 2019

Amali Keasidan

          Amali untuk SPK 2053 tak banyak. Kesemuanya untuk satu semester, ada 7 amali sahaja. Dan kami memasuki Amali 3, amali keasidan. Amali yang simple, namun banyak tentang pengendalian peralatan yang ditekankan seperti penyediaan buret di atas bangku bukan terus di atas meja, masukkan NaOH menggunakan corong turas ke dalam buret. Dan yang paling penting ialah pencairan sampel menggunakan kelalang isipadu. Air suling yang ditopup harus dijaga supaya tidak over diluted. 

          Keseluruhannya amali ini pada skala kepayahan, ia ada moderate sahaja. Sampel dicairkan dengan betul menggunakan kelalang ispadu dan seterusnya dimasukkan ke dalam kelalang kon sebanyak 10ml, dan dititiskan fenoftalein beberapa titis. Ada kumpulan yang rushing dan terlupa masukkan fenoftalein, dekat habis dua buret masih tak berubah warna. So penambahan fenoftalein sebagai larutan penunjuk adalah key bagi amali ini. Seterusnya langkah penitratan dilakukan dan warna akan diperhatikan bertukar warna daripada jernih ke light pink. Even one drop terlebih akan menyebabkan warna shocking pink. Jaga-jaga.

          Daripada amali ini, obviously terdapat banyak langkah keselamatan dan ralat yang mesti dipertimbangkan. Mungkin suatu hari nanti, saya akan post tentang perbincangan bagi laporan amali yang telah dijalankan. 




Tuesday, December 25, 2018

TUGASAN INDIVIDU SPK 2053: PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

          Setiap kali semester baru, mesti ada ada saja cita-cita yang ingin dicapai. Kalini, merancang untuk menyediakan skema yang agak lengkap yang boleh dirujuk oleh semua. Salah satu kerja Penyelaras Kursus, which in my case penyelaras SPK 2053. Berdasarkan silibus Julai 2017, penilaian berterusan lebih kurang bilangannya, dan mudah dinilai. Semoga semuanya standard, melalui perbincangan bersama, walau hanya melalui telegram. Heheheh, pun boleh. 

          Tugasan individu adalah untuk Topik 1 subjek Kawalan Mutu Makanan (Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti). Tugasan berkenaan pemeriksaan premis makanan. Individu, bermakna harus dilaksanakan seorang dan bagi saya, dilarang periksa premis yang sama. Tiap pelajar mempunyai pemilihan premis sendiri. Skema tugasan ini sentiasa diupdate melalui link ini. Moga bermanfaat, sebarang komen penambahbaikan sangat-sangat dialu-alukan.

          Dari mata seorang pensyarah, tugasan ini quite simple. Sediakan pengenalan, definisi tentang sanitasi dan sebagainya. Mengikut rubrik yang telah disediakan. Boleh rujuk link dokumen NAS, ada excel dalam google drive berkenaan. Kemudian cari premis, sediakan sedikit potfolio ringkas tentang premis, snap picture kedai. Seperti biasa, ajar pelajar untuk berintegriti minta izin sebelum melakukan apa-apa. Kang tak pasal-pasal kena marah pulak. Dahla tak ada surat kuasa apa kan, datang nak perhatikan kebersihan kedai orang pulak. Huuuu... Menggunakan checklist yang telah disediakan, ambil gambar bagi setiap aspek yang hendak dinilai. Huraikan dalam laporan. Seterusnya simpulkan laporan, kebaikan tugasan mungkin, apa yang dipelajari. Dan seterusnya masukkan semua rujukan yang digunakan untuk support dapatan dan laporan yang ditulis. Ajar dokumentasi yang betul, cited segala dapatan.

     Haaa... Kan simple saja tu kan? Harapannya agar mudah saja pelajar melakukan. Walaupun jangan terlampau mengambil mudah, sebab ia melibatkan markah. Macam mana nak bagi markah kalau tak ikut rubrik kan? Sempat lagi nak siapkan tugasan individu ni. Bagi kelas kami, tugasan ini berperingkat. Redo itu adalah normal dalam kelas Puan Balqish. Harapan puan, agar pelajar buat mengikut skema, dan puan balqish become less rigid. Heheheheh... InshaAllah

Monday, December 24, 2018

Amali Kelikatan


          Amali 2 merupakan amali kelikatan. Amali yang simple, but can be time consuming due to instrument limitation. Amali ini terbahagi kepada dua, kaedah rerambut (buret) dan consistency.

          Yang sy perhatikan pelajar walaupun sudah semester dua, masih belum boleh menyiapkan carta alir menggunakan ayat pasif yang betul. Mungkin pensyarah perlu memberi penegasan. Selain daripada keputusan dicatatkan dengan betul, lengkap dengan unit yang tepat.

          Kaedah rerambut merupakan kaedah yang ringkas. Pelajar harus mencatatkan masa yang diperlukan untuk mengosongkan buret ke paras 50ml (di bahagian bawah). Masa dicatatkan dan dibandingkan dengan air suling seterusnya. Ralat bagi amali ini mungkin disebabkan oleh buret yang tersumbat dan menyebabkan aliran lebih perlahan. Ada yang sampai 5 minit! Lubang pipet yang kecil antara penyebabnya. Langkah pemasangan buret pada kaki retort. Dan seterusnya menuangkan kicap cair ke dalam buret harus dilakukan di atas bangku, kerana kedudukan meja makmal yang tinggi menyukarkan tuang kicap ke dalam buret.

          Bagi kaedah bostwick, pengukuran jarak bagi sos juga adalah terlampau mudah. Ralat bagi amali ini mungkin pelajar yang kurang ambil berat kedudukan bostwick consistometer. Kadang senget sebelah dan macam-macam lagi. Kedudukan consistometer sepatutnya dilihat pada gelembung air pada bahagian hujung alat. Pastikan berada betul-betul dam bulatan. Bukan pakai taram ja. Bacaan jarak aliran sos juga mungkin pelbagai. Ada sos yang mengalir dengan 3 point which is quite rare. Kebanyakannya mengalir seiring dan hanya memberi 1 point bacaan. Maka tidaklah perlu purata. Habis tidak, ada yang mempunyai 2 point bacaan jarak, dan biasanya dipuratakan. Sos yang berkualiti biasanya mempunyai jarak aliran yang lebih pendek. Pernah sekali, ada satu kumpulan dari kelas lain. Masukkan kicap ke dalam consistometer. Dalam pada pensyarah sudah ulang banyak kali, masih ada yang blur.

          Pensyarah perlu menerangkan perbezaan konsep antara kedua-dua amali. Pelajar perlu lebih kritikal dalam segera menyelesaikan masalah, pembahagian tugas dan lain-lain.





Saturday, December 15, 2018

Ujian kualiti susu segar menggunakan resazurin

         Semester baru yang dah bermula. Minggu pengajian 1. Untuk subjek SPK 2053 Kawalan Mutu Makanan, kami dah mulakan dengan amali penentuan warna menggunakan Lovibond Comparator. Ujian penentuan kualiti susu segar menggunakan resazurin. Amali yang tricky sebab subjektif, untuk mencari warna yang seakan, hampir. But it is joyful of course.

         Amali ini menggunakan dua sampel, iaitu susu low fat Dutch Lady dan susu kultur Calpis. Konsep asas ujian kualiti susu segar ini ialah, kandungan mikroorganisma dalam susu akan menurunkan warna biru ungu resazurin kepada warna pink atau putih. So kami pilih ready added microb which is cultured drink, bolehla kan. So the result can be obvious.

          Kekangan amali ini ialah inkubasi pada 37° selama satu jam. Proses ini mungkin relevan dan tidak. Hihihih. Ada kaedah nyatakan hanya dua minit. Kami lakukan keduanya, inkubasi satu jam dan dua minit. Keputusan adalah sama. Alat comparator ini juga harus diletakkan dengan kedudukan yang betul supaya bacaan nombor disc resazurin betul, tidak terbalik, dan seterusnya sampel diletakkan di lubang belah kanan manakala rujukan (tanpa resazurin) pada sebelah kiri. Apakah ada perubahan yang signifikan jika terbalik, tidak pulak diketahui. Dan jika diperhatikan alat ini mempunyai lubang di dalamnya supaya botol dislotkan dengan betul. Comparator jg mempunyai kaki di bahagian bawah yang boleh dicondongkan. But still,jika kita cuba melihat warna sampel pada cermin, pada posisi yang betul (nombor disc tidak terbalik, berada di bawah, kanan), ia sedikit awkward. So asalkan kedudukan test tube betul, walaupun no disc mungkin terbalik, asal selesa melihat perbezaan warna kira aci lah. Untuk melihat nombor yang agak tepat, bacaan harus dimulakan dari nombor disc 0 dan lakukan perbandingan. Student sepatutnya boleh mendescribe warna yang diobserve pada sebelah kiri dan kanan dalam proses membuat keputusan.

At the end of experiment, students should record what the disc number obtained. Fill in the result form. Jot down the colour been observed, whether it is satisfactory or not, and decide, the milk is accepted or rejected.

         So here are some findings from the experiment. Hope it benefit you. Download sini TUGASAN BERKUMPULAN UJIAN PENENTUAN WARNA. Klik sini untuk drive kursus NAS SPK 2053 Sijil Kolej Komuniti.
Sampel calpis dan dan resazurin. Manakala sampel sus segar dan dan resazurin tidak pulak snap

Sukar juga students membuat perbandingan warna yang hampir

Thursday, December 7, 2017

Wednesday, November 22, 2017

Korang memang dah xbuat presentation QA kah? SPK 2053.

   Minggu kedua. Seperti biasa sengal dan slow. Walau silibus Julai 2017, namun sangat gatal nak bagi assignment ke student presentation sistem jaminan mutu. Hahahah... So dua kelas dah setel. Ini link assignment students yang dah siap. Untuk kedua-dua kelas SPK 2A dan SPK 2B. Yang dipecahkan into group 1 and 2. TUGASAN SISTEM JAMINAN MUTU SPK 2B TUGASAN SISTEM JAMINAN MUTU SPK 2A
   Antara dua kelas of course masing-masing special cara tersendiri (ayat cover). Tapi perbezaan ketepatan dan lain-lain pun ketara. Moga dapat perbaiki dari feedback pensyarah (saya lah of course). Presentation is not only about the content of the slide, but the way student present, how they dressed, body language, eye connection etc is also important. Never take any assignment for granted. Put effort on it, surely you will be satisfied.

Tuesday, November 21, 2017

Tuesday, April 4, 2017

TOPIK 2 PERSAMPELAN SPK 2053 KAWALAN MUTU MAKANAN

Pengenalan persampelan

Topik yang kedua ini mempunyai 4 subtopik kecil. Dan amali yang diperlukan hanyalah satu iaitu amali persampelan untuk analisis penentuan lembapan.

Subtopik

2.1 Persampelan
2.2 Konsep persampelan
2.3 Teknik persampelan
2.4 Standard prosedur persampelan penerimaan bahan mentah

Download

Download nota Topik 2 di sini Topik 2 SPK 2053

Rumusan Topik 2 Persampelan

Tuesday, March 28, 2017

SPK 2053: Kawalan Mutu Makanan Topik 1: Pengenalan Kawalan Mutu dan Keselamatan Makanan

Pengenalan QC

Topik yang pertama ini sebagai pengenalan apakah itu Kawalan Mutu vs Sistem Jaminan Kualiti. yang perlu dihigh light kan in case para pelajar melanjutkan pelajar pada masa hadapan ialah prinsip-prinsip asas dalam Jaminan Kualiti.

Prinsip-prinsip asas


9 Prinsip Good Hygiene Practice (GHP):
  1. Bangunan dan Kemudahan
  2. Kemudahan Kebersihan dan Tandas Pekerja
  3. Peralatan
  4. Kawalan Operasi
  5. Bangunan : Penyelenggaran dan Sanitasi
  6. Kebersihan Diri
  7. Pengangkutan dan Pengedaran
  8. Informasi Pengeluaran
  9. Latihan
8 elemen dalam GMP:
1) Penubuhan: Bangunan dan kemudahan 
2) Kawalan Pengoperasian: Amalan Dan Prosedur
3) Penyelenggaraan Dan Sanitasi
4)Pekerja
5)Pengangkutan dan pengedaran
6) Pengesanan
7)Pemeriksaan dalaman
8)latihan

7 Prinsip HACCP :
  1. Melakukan Analisis Bahaya
  2. Menetapkan Critical Control point
  3. Menetapkan limit Crititical Control Point
  4. Menetapkan Sistem Monitoring 
  5. Menetapkan Tindakan PembetulanPenyimpangan
  6. Menetapkan Prosedur Verifikasi
  7. Menyusun Sistem Pengendalian Dokumen
10 elemen dalam MeSTI:
  1. Elemen 1 - Rekabentuk Dan Kemudahan 
  2. Elemen 2 - Pengendali Makanan 
  3. Elemen 3- Latihan 
  4. Elemen 4 – Penyelenggaraan Dan Sanitasi 
  5. Elemen 5 – Kawalan Bahan Mentah 
  6. Elemen 6 – Kawalan Proses 
  7. Elemen 7 – Kawalan Pembungkusan 
  8. Elemen 8 – Kawalan Penyimpanan 
  9. Elemen 9 – Kawalan Pengangkutan & Pengedaran 
  10. Elemen 10 – Kawalan Kebolehkesanan 

Download

Download nota Topik 1 di sini Pengenalan Kawalan Mutu dan Keselamatan Makanan
Latihan Topik 1
Contoh Tugasan pelajar
Garis Panduan

Antara sistem jaminan kualiti, HACCP.