Setiap kali semester baru, mesti ada ada saja cita-cita yang ingin dicapai. Kalini, merancang untuk menyediakan skema yang agak lengkap yang boleh dirujuk oleh semua. Salah satu kerja Penyelaras Kursus, which in my case penyelaras SPK 2053. Berdasarkan silibus Julai 2017, penilaian berterusan lebih kurang bilangannya, dan mudah dinilai. Semoga semuanya standard, melalui perbincangan bersama, walau hanya melalui telegram. Heheheh, pun boleh.
Tugasan individu adalah untuk Topik 1 subjek Kawalan Mutu Makanan (Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti). Tugasan berkenaan pemeriksaan premis makanan. Individu, bermakna harus dilaksanakan seorang dan bagi saya, dilarang periksa premis yang sama. Tiap pelajar mempunyai pemilihan premis sendiri. Skema tugasan ini sentiasa diupdate melalui link ini. Moga bermanfaat, sebarang komen penambahbaikan sangat-sangat dialu-alukan.
Dari mata seorang pensyarah, tugasan ini quite simple. Sediakan pengenalan, definisi tentang sanitasi dan sebagainya. Mengikut rubrik yang telah disediakan. Boleh rujuk link dokumen NAS, ada excel dalam google drive berkenaan. Kemudian cari premis, sediakan sedikit potfolio ringkas tentang premis, snap picture kedai. Seperti biasa, ajar pelajar untuk berintegriti minta izin sebelum melakukan apa-apa. Kang tak pasal-pasal kena marah pulak. Dahla tak ada surat kuasa apa kan, datang nak perhatikan kebersihan kedai orang pulak. Huuuu... Menggunakan checklist yang telah disediakan, ambil gambar bagi setiap aspek yang hendak dinilai. Huraikan dalam laporan. Seterusnya simpulkan laporan, kebaikan tugasan mungkin, apa yang dipelajari. Dan seterusnya masukkan semua rujukan yang digunakan untuk support dapatan dan laporan yang ditulis. Ajar dokumentasi yang betul, cited segala dapatan.
Haaa... Kan simple saja tu kan? Harapannya agar mudah saja pelajar melakukan. Walaupun jangan terlampau mengambil mudah, sebab ia melibatkan markah. Macam mana nak bagi markah kalau tak ikut rubrik kan? Sempat lagi nak siapkan tugasan individu ni. Bagi kelas kami, tugasan ini berperingkat. Redo itu adalah normal dalam kelas Puan Balqish. Harapan puan, agar pelajar buat mengikut skema, dan puan balqish become less rigid. Heheheheh... InshaAllah
TUGASAN INDIVIDU SPK 2053: PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN
Related Posts:
LAPORAN PRAKTIKAL SPK 2053 Kumpulan kami sudah mula amali Laporan Praktikal. Terlompat sikit. Ok bagi siapa yang nak download softcopy laporan praktikal DOWNLOAD DI SINI.… Read More
Korang memang dah xbuat presentation QA kah? SPK 2053. Minggu kedua. Seperti biasa sengal dan slow. Walau silibus Julai 2017, namun sangat gatal nak bagi assignment ke student presentation sistem jaminan mutu. Hahahah... So dua kelas dah setel. Ini link assignment st… Read More
NOTA POWERPOINT SPK 2053 KAWALAN MUTU MAKANAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI Untuk silibus edit Julai 2017. Dari 7 topik kursus Kawalan Mutu Makanan SPK 2053 compress jadi 3 topik sahaja. Boleh download di link yang telah siap diedit sebagai rujukan. Sebarang penambahbaikan dialu-alukan. DOWNL… Read More
Ujian kualiti susu segar menggunakan resazurin Semester baru yang dah bermula. Minggu pengajian 1. Untuk subjek SPK 2053 Kawalan Mutu Makanan, kami dah mulakan dengan amali penentuan warna menggunakan Lovibond Compar… Read More
TOPIK 2 PERSAMPELAN SPK 2053 KAWALAN MUTU MAKANAN Pengenalan persampelan Topik yang kedua ini mempunyai 4 subtopik kecil. Dan amali yang diperlukan hanyalah satu iaitu amali persampelan untuk analisis penentuan lembapan. Subtopik 2.1 Persampelan 2.2 Konsep persampelan… Read More
0 comments:
Post a Comment