Tuesday, January 8, 2019

Amali Keasidan

          Amali untuk SPK 2053 tak banyak. Kesemuanya untuk satu semester, ada 7 amali sahaja. Dan kami memasuki Amali 3, amali keasidan. Amali yang simple, namun banyak tentang pengendalian peralatan yang ditekankan seperti penyediaan buret di atas bangku bukan terus di atas meja, masukkan NaOH menggunakan corong turas ke dalam buret. Dan yang paling penting ialah pencairan sampel menggunakan kelalang isipadu. Air suling yang ditopup harus dijaga supaya tidak over diluted. 

          Keseluruhannya amali ini pada skala kepayahan, ia ada moderate sahaja. Sampel dicairkan dengan betul menggunakan kelalang ispadu dan seterusnya dimasukkan ke dalam kelalang kon sebanyak 10ml, dan dititiskan fenoftalein beberapa titis. Ada kumpulan yang rushing dan terlupa masukkan fenoftalein, dekat habis dua buret masih tak berubah warna. So penambahan fenoftalein sebagai larutan penunjuk adalah key bagi amali ini. Seterusnya langkah penitratan dilakukan dan warna akan diperhatikan bertukar warna daripada jernih ke light pink. Even one drop terlebih akan menyebabkan warna shocking pink. Jaga-jaga.

          Daripada amali ini, obviously terdapat banyak langkah keselamatan dan ralat yang mesti dipertimbangkan. Mungkin suatu hari nanti, saya akan post tentang perbincangan bagi laporan amali yang telah dijalankan. 




Related Posts:

  • Ujian kualiti susu segar menggunakan resazurin          Semester baru yang dah bermula. Minggu pengajian 1. Untuk subjek SPK 2053 Kawalan Mutu Makanan, kami dah mulakan dengan amali penentuan warna menggunakan Lovibond Compar… Read More
  • Amali Kelikatan           Amali 2 merupakan amali kelikatan. Amali yang simple, but can be time consuming due to instrument limitation. Amali ini terbahagi kepada dua, kaedah rerambut (buret) da… Read More
  • LAPORAN PRAKTIKAL SPK 2053    Kumpulan kami sudah mula amali Laporan Praktikal. Terlompat sikit. Ok bagi siapa yang nak download softcopy laporan praktikal DOWNLOAD DI SINI.… Read More
  • Amali Keasidan          Amali untuk SPK 2053 tak banyak. Kesemuanya untuk satu semester, ada 7 amali sahaja. Dan kami memasuki Amali 3, amali keasidan. Amali yang simple, namun banyak tentang pengendalian peralatan… Read More
  • TUGASAN INDIVIDU SPK 2053: PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN          Setiap kali semester baru, mesti ada ada saja cita-cita yang ingin dicapai. Kalini, merancang untuk menyediakan skema yang agak lengkap yang boleh dirujuk oleh semua. Salah satu kerja Penyel… Read More

0 comments:

Post a Comment