Thursday, December 13, 2012

APK 2054 - PENGHASILAN PURI


PENGHASILAN PURI

Di sini disertakan beberapa gambar pelajar menyiapkan produk bagi penghasilan "tomato puree.

Lembaran kerja bagi  penghasilan "tomato puree" boleh klik pada link yang diletakkan. A5-penghasilan "tomato puree"


Bersihkan dan masukkan tomato dan buatkan X.

Masukkan tomato ke dalam air mendidih sehingga merekah.

Tos dan sejukkan tomato selama 1 - 2 minit dengan air sejuk.


Kupas kulit tomato dengan menggunakan pisa.

Potong tomato kepada 2 bahagian. Buang biji dan empulur tomato.







 Kisar tomato sehingga menjadi jus.


Kisar bawang besar dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi minyak zaiton yang panas.


Masukkan  tomato dan garam serta kacau sehingga hampir pekat atau selama 30 minit –  1  jam.


Masukkan pewarna agar warna lebih menarik.


Masukkan puri ke dalam bekas dan sejukkan.


Wednesday, December 12, 2012

M3002 : KAWALAN MUTU MAKANAN dari POLISAS by MISS NOR DINA BINTI SAKARIA

Jabatan Teknologi Makanan diwujudkan selari dengan penubuhan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), pada tahun 1977.   POLISAS satu-satunya politeknik di seluruh negara yang menawarkan Kursus Teknologi Makanan. Kursus ini diwujudkan untuk memenuhi  keperluan tenaga kerja dalam sektor industri makanan dan juga agensi kerajaan yang berkaitan.  Kursus ini memberi pengetahuan dalam bidang sains makanan seperti kimia makanan, analisis makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan makanan dan lain-lain.Pelajar didedahkan pengetahuan dan latihan dalam operasi  pemprosesan dan pengeluaran makanan, bermula dari pemilihan bahan mentah sehinggalah pengedaran produk makanan. 

Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS merupakan salah satu laluan meneruskan pengajian ke peringkat diploma bagi pelajar lepasan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti. 

Di sini disertakan nota bagi subjek M3002 - Kawalan Mutu Makanan (silibus lama) yang telah digunakan pelajar JTM. Nota disediakan oleh Miss Nor Dina binti Sakaria. 

Klik link yang disertakan di bawah untuk mendownload. 

kebersihan
unit 1
unit 2
unit 3
unit 4 
unit 5 
unit 6 

Tuesday, December 11, 2012

UNIT 2: PROSEDUR KAWALAN MUTU - APK104 - KAWALAN MUTU MAKANAN DAN SANITASI



Dalam unit 1 anda telah didedahkan  tentang definisi kawalan mutu. Dalam menjamin mutu sesuatu keluaran makanan ia hendaklah bermula dari awal penyediaanya iaitu bermula dengan kawalan bahan mentah, kawalan proses dan kawalan hasilan yang telah siap.

KLIK LINK di bawah ini untuk save powerpoint Unit 2 dan modul Unit 2.