Tuesday, March 28, 2017

SPK 2053: Kawalan Mutu Makanan Topik 1: Pengenalan Kawalan Mutu dan Keselamatan Makanan

Pengenalan QC

Topik yang pertama ini sebagai pengenalan apakah itu Kawalan Mutu vs Sistem Jaminan Kualiti. yang perlu dihigh light kan in case para pelajar melanjutkan pelajar pada masa hadapan ialah prinsip-prinsip asas dalam Jaminan Kualiti.

Prinsip-prinsip asas


9 Prinsip Good Hygiene Practice (GHP):
  1. Bangunan dan Kemudahan
  2. Kemudahan Kebersihan dan Tandas Pekerja
  3. Peralatan
  4. Kawalan Operasi
  5. Bangunan : Penyelenggaran dan Sanitasi
  6. Kebersihan Diri
  7. Pengangkutan dan Pengedaran
  8. Informasi Pengeluaran
  9. Latihan
8 elemen dalam GMP:
1) Penubuhan: Bangunan dan kemudahan 
2) Kawalan Pengoperasian: Amalan Dan Prosedur
3) Penyelenggaraan Dan Sanitasi
4)Pekerja
5)Pengangkutan dan pengedaran
6) Pengesanan
7)Pemeriksaan dalaman
8)latihan

7 Prinsip HACCP :
  1. Melakukan Analisis Bahaya
  2. Menetapkan Critical Control point
  3. Menetapkan limit Crititical Control Point
  4. Menetapkan Sistem Monitoring 
  5. Menetapkan Tindakan PembetulanPenyimpangan
  6. Menetapkan Prosedur Verifikasi
  7. Menyusun Sistem Pengendalian Dokumen
10 elemen dalam MeSTI:
  1. Elemen 1 - Rekabentuk Dan Kemudahan 
  2. Elemen 2 - Pengendali Makanan 
  3. Elemen 3- Latihan 
  4. Elemen 4 – Penyelenggaraan Dan Sanitasi 
  5. Elemen 5 – Kawalan Bahan Mentah 
  6. Elemen 6 – Kawalan Proses 
  7. Elemen 7 – Kawalan Pembungkusan 
  8. Elemen 8 – Kawalan Penyimpanan 
  9. Elemen 9 – Kawalan Pengangkutan & Pengedaran 
  10. Elemen 10 – Kawalan Kebolehkesanan 

Download

Download nota Topik 1 di sini Pengenalan Kawalan Mutu dan Keselamatan Makanan
Latihan Topik 1
Contoh Tugasan pelajar
Garis Panduan

Antara sistem jaminan kualiti, HACCP.

Thursday, March 23, 2017

Icompex 2017

Pemarkahan Icompex 2017 untuk kategori produk makanan lebih memihak kepada para juri. Pembungkusan prototaip adalah sangat penting. Education di sebalik pelabelan yang betul itu sudah tidak penting. Tetapi normalisasi produk di pasaran. Normalisasi. heheheh... Seperti Nutrition fact is a must. Walau dalam peraturan-peraturan makanan, nutrition fact hanya diwajibkan untuk produk seperti konfeksioneri. Bar code jua penting. pendek kata, anda ambil satu produk di pasaran dan ikut sahaja pelabelan tu.

Tahniah kepada semua kumpulan yang bertanding. Kalah atau menang. Pengalaman dan semangat yang diperolehi moga dapat menjadikan kita lebih baik daripada semalam. ^^ Nanti kalau ada shaing tentang pemarkahan juri, insyaAllah akan kongsi bersama-sama.

Wednesday, March 22, 2017

Green Banana Cereal Drink di Icompex 2017












Overall Icompex 2017 is so so. Booth walau lebih cantik berbanding tahun lepas, namun kedudukan yang sempit amat tidak selesa. Berlaga bontot! Malas nak bergerak melawat booth lain sebab sesak. Lebih sauna walau kami bawa kipas sendiri. Bertuahlah mereka yang booth di tepi sekali kerana ada pengudaraan yang lebih baik. Mujurlah sebelah petang hujan renyai-renyai. Kalini keputusan diberitahu pada hari kedua pameran. Maknanya perlu datang 2 hari untuk pameran. Macam tahun lepas, hanya yang short listed sahaja stay untuk hari kedua. Day 1 berjaya survived. Good luck untuk day 2.  

#greenbananacerealdrink
#greenbanana

Tuesday, March 21, 2017

Monday, March 20, 2017

Kebaikan air kefir


Air kefir:
1. Kaya dengan enzim, gula mudah dihadam, asid baik, vitamin dan mineral.
2. Mempunyai berbillion bakteria dan yis baik.
3. Anti mutagenik dan membantu menguruskan radikal bebas dalam badan.
4. Mempunyai asid folik dan vitamin B.
5. Mampu menurunkan tekanan darah dan kolestrol.

*sumber. www. yeemos.com

Kandungan probiotik:

Lactobacillus brevis, L. casei, L. hilgardii, L. hordei, L. nageli, Leuconostoc citreum, L. mesenteroides, Acetobacter fabarum, A. orientalis, Streptococcus lactis. Hanseniaospora valbyensis, Lachancea fermentati, Saccharomyces cerevisiae, Zygotorulaspora florentina. dan banyak lagi.

Cara penyediaan air kefir:
1. Air untuk pemeraman air kefir disediakan seperti gambarajah di bawah. 


2. Air seterusnya diperamkan selama 1— 2 hari bersama water kefir grain (WKG). Perubahan rasa manis ke masam air kefir akan berlaku disebabkan oleh penghasilan asid laktik.
3. Air kefir seterusnya ditapis. Water kefir grain boleh terus diperamkan semula (seperti langkah di atas) atau direhatkan dalam peti ais.
4. Air kefir yang terhasil boleh terus diperam dengan buah atau boleh diminum terus begitu sahaja.
5. Jika water kefir grain ingin direhatkan, cukuplah dengan dimasukkan ke dalam air gula secukupnya. 




Kanji Rintang, Resistant Starch?

•Kanji rintang ialah serat makanan yang tidak dapat dihadam oleh manusia, namun digunakan sebagai sumber makanan oleh bakteria di usus besar.
•Bakteria akan fermentasikan kanji rintang dan menghasilkan butyrate. Penghasilan butyrate yang berterusan memastikan kerosakan pada tisu usus mudah dikesan, dan sel yang rosak akan bertindak balas mengaktifkan sistem untuk musnahkan diri sendiri, lantas sel itu tidak akan berkembang menjadi kanser.