Monday, September 10, 2012

PENGENALAN SAINS MAKANAN : APK1014 (KOLEJ KOMUNITI ARAU)


Di sini disertakan nota bagi subjek PENGENALAN SAINS MAKANAN : APK1014 4 yang dijalankan di Kolek Komuniti seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

SINOPSIS

PENGENALAN SAINS MAKANAN merangkumi konsep asas sains makanan dan memberi kemahiran asas yang lazim digunakan dalam analisis makanan. Penekanan diberikan kepada konsep asas kimia makanan, komposisi makanan, makanan dan keperluan pemakanan, asas mikrobiologi serta asas pengendalian makanan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:-
1.     menerangkan konsep dan istilah dalam sains dan teknologi, komposisi makanan seperti air, protein, lemak, vitamin,mineral serta karbohidrat.
2.    menjalankan analisis proksimat terhadap makanan.
3.    menerangkan keperluan makanan seimbang dan kalori seharian.
4.    mengenalpasti dan melukis struktur sel mikroorganisma berdasarkan penggunaan mikroskop.
5.    menjalankan teknik pensterilan, pemindahan kultur, pencairan sampel dan kaedah swab test.
6.    menerangkan keracunan makanan, pencemaran makanan serta amalan kebersihan diri.

Nota Modul yang lengkap untuk subjek APK1014:NOTA LENGKAP MODUL
Lembaran kerja yang digunakan untuk amali: LEMBARAN KERJA AMALI LENGKAP

0 comments:

Post a Comment