Tuesday, September 11, 2012

Kolej Komuniti Sungai Petani (Makan-makan)


Di atas jemputan jiran kami, Kolej Komuniti Sungai Petani, saya dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Puan Shafarizan, melangkah ke KKSP untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KKSP yang diadakan pada  11 September 2011  hari Selasa di Perkarangan Kolej Komuniti Sungai Petani. Wah... konsep Kolej Komuniti yang sama, samaja dengan jamuan Hari Raya kami (KKAP) yang akan diadakan esok. Terdapat gerai-gerai yang dipertandingkan. Yang menyajikan makan-makanan yang pelbagai. Makanan sedap2 belaka. Terima kasih, sangat kenyang makan sebagai bekalan balik ke Perlis semula. :D

Anyway, a big congrats from me, atas kejayaan KKSP dalam International Culinary Cup. Tahniah kepada pasukan KKSP yang menyertai Pertandingan Thailand International Culinary Cup (TICC) 2012 yang memenangi 3 Silver, 3 Bronze dan 4 Diploma! Saya personally rasa mcm xterjangkau kami nak menandingi SP. :)) Kami hanyalah SPK, not hotel catering and even culinary. Di sini akan disertakan gambar sekeping dua yang disnap pada jamuan raya berkenaan.



Video how to use a microscope.



Video cara menggunakan mikroskop dari youtube untuk kegunaan kelas SPK1.


Antara 12 steps yang ditunjukkan dalam video adalah seperti berikut:
1)Use both hand,  left hand hold the arm and hold the base with right hand for support.
2)Rotate the revolving nosepiece to lowest power.
3)Stage microcope clip to the stage clip.
4)Use the coarse adjustment knob to lower the lens as far as it can go without touching the slide.
5)While looking through the eyepiece, you can maintain better viewing by keeping both eyes open.
6)Adjust the light source and diaphragm to get the greatest amount of light.
7)Slow turn the coarse adjustment knob to your body. This mean, the object of lens will go up. do this until object to focus.
8)Use the final adjustment knob to focus the image as much as possible.
9)Move the stage to center of image and your field of view.
10)Rotate the revolving nosepiece to increase the object of lens power, once again use the final adjustment knob for better focus.
11)When finished, use the coarse adjustment knob, to raise the object of lens 
12)Remove the slide and click the lowest power object of lens into position.

Monday, September 10, 2012

PENGENALAN SAINS MAKANAN : APK1014 (KOLEJ KOMUNITI ARAU)


Di sini disertakan nota bagi subjek PENGENALAN SAINS MAKANAN : APK1014 4 yang dijalankan di Kolek Komuniti seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

SINOPSIS

PENGENALAN SAINS MAKANAN merangkumi konsep asas sains makanan dan memberi kemahiran asas yang lazim digunakan dalam analisis makanan. Penekanan diberikan kepada konsep asas kimia makanan, komposisi makanan, makanan dan keperluan pemakanan, asas mikrobiologi serta asas pengendalian makanan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:-
1.     menerangkan konsep dan istilah dalam sains dan teknologi, komposisi makanan seperti air, protein, lemak, vitamin,mineral serta karbohidrat.
2.    menjalankan analisis proksimat terhadap makanan.
3.    menerangkan keperluan makanan seimbang dan kalori seharian.
4.    mengenalpasti dan melukis struktur sel mikroorganisma berdasarkan penggunaan mikroskop.
5.    menjalankan teknik pensterilan, pemindahan kultur, pencairan sampel dan kaedah swab test.
6.    menerangkan keracunan makanan, pencemaran makanan serta amalan kebersihan diri.

Nota Modul yang lengkap untuk subjek APK1014:NOTA LENGKAP MODUL
Lembaran kerja yang digunakan untuk amali: LEMBARAN KERJA AMALI LENGKAP

SPK 1014: PENGENALAN SAINS MAKANAN : UNIT 9 : ASAS MIKROORGANISMA (II) - MIKROSKOP


OBJEKTIF AM :
1.Memahami konsep umum yang berkait rapat  dengan mikroskop .
 
OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
1.Mengenalpasti dan menerangkan fungsi setiap komponen mikroskop.
2.Memilih kuasa kanta mikroskop yang sesuai dengan kegunaannya.
3.Menggunakan mikroskop dengan cara yang betul.
4.Mengaplikasikan cara-cara penjagaan mikroskop.
5.Menjalankan teknik aseptik dan pensterilan sebelum memulakan amali yang melibatkan mikroorganisma.
6.Membezakan teknik-teknik pewarnaan mikroorganisma yang boleh dilakukan.
Di sini dikepilkan nota (dalam bentuk ppt) bagi bahagian yang akan diajarkan untuk student SPK1 Kolej Komuniti Arau pada 13.09.2012. 
nota mikroskop UNIT 9 

Selain itu, di sini disertakan lembaran kerja untuk amali berkenaan dan nota modul yang berkaitan. lembaran kerja mikroskop
nota modul

Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri

Di sini dikepilkan format / draf softcopy yang diperlukan untuk seseorang PPLI kolej komuniti untuk menjalankan program kebolehpasaran. 

Salah satu tugas bagi PPLi yang telah diderafkan dari Bahagian Hubungan Industri dan Pengesanan Graduan ialah : Melaksanakan Program Kebolehpasaran Graduan. 


Antara proses kerja adalah seperti berikut:
1) Menerima arahan dari JPKK melalui Pengarah Kolej Komuniti.
2) Menubuhkan Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan peringkat kolej.
3) Mengumpulan proposal dari syarikat pengendali mengikut bidang berkaitan. - mohon syarikat cuba adakan, namun selalunya PPLI sediakan jika syarikat tidak mempunyai masa. 
4) Menganalisa proposal dari syarikat pengendali.
5) Menyerah proposal kepada JPKK untuk dinilai.
6) Mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat pengendali terpilih.-disini dikepilkan softcopy contoh surat tawaran. surat tawaran syarikat
7) Mengeluarkan LO kepada syarikat pengendali program. -disini dikepilkan softcopy contoh LO. LO
 8) Pemantauan.
9) Mengumpul pelaporan perlaksanaan program. -disini dikepilkan softcopy contoh pelaporan. laporan keseluruhan dari syarikat, 
pelaporan bulanan syarikat
 10) Memantau pengeluaran invois tuntutan dan bayaran.
11) Menghantar salinan laporan Program Kebolehpasaran Graduan ke JPKK. -disini dikepilkan softcopy contoh pelaporan ke JPKK. laporan ke JPKK

Monday, February 27, 2012

Thursday, January 19, 2012